Prasekolah SK Tinusa Jaya telah dibina bersama dengan sekolah induk pada tahun 2010 dan siap sepenuhmya pada tahun 2011. Prasekolah SKTJ ini baru dibuka dan mula beroperasi pada 4 Januari 2012, walaupun sekolah induk telah bermula sejak Jun tahun 2011. Lokasi SKTJ terletak berdekatan dengan Kg. Tinusa 1 dan Kg Tinusa 2 batu 7, Sandakan.
Waktu Persekolahan Prasekolah SKTJ adalah bermula seawal jam 7.00 pagi dan tamat pada jam 11 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat.

